BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, October 17, 2009

Belang si Gagah

Harimau

info dari sini

info dari sini

Harimau juga merupakan haiwan pemangsa terbesar dalam keluarga harimau (big cats). Harimau sub-spesies Siberia adalah harimau terbesar, sementara harimau sub-spesies Sumatera adalah harimau terkecil. Harimau jantan juga mempunyai saiz badan yang lebih besar daripada harimau betina. Harimau memburu dengan senyap dan tangkas, kebolehannya untuk menyelip dan muncul secara tiba-tiba untuk menyerang mangsanya adalah satu kebolehan yang amat luar-biasa apabila mengambil kira saiznya yang besar dengan berat badannya itu. Ini menjadikan harimau dianggap mempunyai kuasa mistik dan penuh misteri. Bentuk tubuh harimau sememangnya direka melalui proses evolusi sebagai haiwan pemangsa untuk memburu mangsa yang besar. Kaki belakangnya adalah lebih panjang daripada kaki hadapannya untuk memberikan kelebihan kepada harimau untuk menerkam sehingga jarak 9 meter (30 kaki) dengan sekali lompatan untuk menangkap mangsanya. Bahagian hadapan dan bahunya mempunyai otot yang tebal dan kental. Tapak kakinya dilengkapi dengan kuku panjang yang boleh ditarik masuk dan keluar dengan pantas. Keupayaan ini membolehkan harimau bergerak dengan senyap tatapi pada masa yang sama mampu mencakar atau mencekam mangsa dengan pantas dan kuat. Rahang harimau yang lebih pendek berbanding keluarga harimau lain (other big cats) memberikan kekuatan tambahan kepada rahang harimau ketika membaham mangsanya.




Harimau merupakan lambang yang penting di negara-negara seperti Malaysia dan India. Pada lambang negara Malaysia (Jata Negara), dua ekor harimau yang berdiri di kedua-dua belah perisai melambangkan kekuatan dan keberanian. Lambang harimau juga digunakan pada logo syarikat Malaysia seperti Maybank dan PROTON.


Harimau diancam kepupusan bukan sahaja akibat pertembungan dengan manusia yang menganggap jenis kucing buas ini sebagai ancaman keselamatan kepada nyawa manusia dan binatang ternakan, malah diburu untuk memperoleh kulit belangnya untuk tujuan perhiasan, serta anggota badannya untuk dijadikan hidangan eksotik dan perubatan tradisi Asia. Kemusnahan habitat juga banyak menyumbang kepada penurunan bilangan harimau di dunia.

Sekarang dianggarkan cuma tinggal 3,000 ekor harimau daripada pelbagai sub-spesies di dunia. Usaha-usaha sedang dijalankan untuk memulihara populasi harimau. Pada tahun 2005, peristiwa Nicky, seekor anak harimau yang diselamatkan daripada menjadi bahan masakan, dan sekarang ditempatkan di Zoo Melaka, telah menyayat hati ramai rakyat Malaysia dan pencinta alam.

info dari sini dan sini

Cerita tentang GAJAH



Gajah merupakan mamalia dan merupakan haiwan darat terbesar didunia. Terdapat dua jenis spesis gajah iaitu gajah asia dan gajah afrika.  Tempoh kehamilan gajah ialah 22 bulan dan terlama bernanding haiwan darat lain. Berat anak gajah pada umumnya 120 kg dan usia gajah boleh menjangkau sekitar 70 tahun.

Gajah merupakan haiwan herbivor. Ia menghabiskan 16 jam sehari untuk mengumpul makanan. Makanannya terdiri dari 50% rumput dan dedaun. Gajah berkembang dan membiak secara beranak. Gajah akan menjaga anaknya sehingga anaknya mampu berdiri.

Gajah merupakan haiwan yang dipelihara kerana diburu untuk diambil gadingnya. Inilah serba ringkas tentang gajah. Selamat membaca..

info dari sini
info dari sini

Wednesday, October 14, 2009

Haiwan Jinak

KUCING
Kucing merupakan salah satu haiwan kesayangan manusia. Mengapa kucing menjadi pilihan? Kucing merupakan haiwan yang mempunyai beberapa keistimewaannya yang tersendiri sehingga mampu membuatkan manusia sayang akan dirinya. Antaranya ialah, kucing haiwan yang manja, comel dan suka bermain. Oleh hal yang demikian, manusia menjadikannya sebagai haiwan kesayangan kerana mampu menjadi peneman dikala sunyi dan boleh bermain bersama.


Tahukah anda ada berapa jenis kucing di dalam dunia ini? Sesungguhnya, terdapat banyak jenis kucing di dalam dunia ini. Antaranya ialah Kucing Toyger, Ras Kucing Tiffany, Maine Coon, kucing Siam dan Birman. Terdapat juga kucing yang telah dikategorikan sebagai hampir pupus dan percampuran baka. Maka, banyak kucing hanya dikelompokkan mengikut jenis bulu sahaja sama ada bulu panjang atau bulu pendek yang menutupi seluruh tubuhnya.


Ras atau benih kucing yang asli ada lima. Antaranya ialah Mank, Maine Coon, British Shorthair, Burmese dan Chinchilla longhair. Mank ialah kucing di mana sebahagian orang menyebutnya Rumpy. Ekornya pendek, Warna bulunya cokelat dan lavender. Sifatnya setia, ramah dan pintar. Seterusnya Maine Coon berasal dari Maine, AS. Keturunan Angora dan American Shorhair. Sifatnya lucu, pemalu tapi mau, dan mudah akrab. Bulunya nipis, lembut, dan warnanya pelbagai.


British Shorthair merupakan kucing yang berasal dari Inggeris. Kucing ini bersifat lembut, hangat dan bijak. Warna bulunya ada yang putih, hitam, biru, merah dan krim, dwiwarna, hitam pekat dan belang. Warnanya yang pelbagai menyebabkan manusia tambah suka. Kucing Burmese adalah kucing yang dibiakkan oleh Dr. Thompson (AS) dari kucing ratu wong mau (Burma) dan siamese. Antara warnanya ialah coklat musang, biru, champagne, lifa, merah, cokelat, dan biru kura-kura.


gambar dari sini





ARNAB


Arnab atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai Rabbit. Arnab merupakan sejenis mamalia kecil yang comel. Nama saintifik bagi arnab adalah Oryctolagus.



Arnab adalah haiwan maun yang makanan utamanya adalah tumbuh-tumbuhan. Perbezaan antara arnab dengan tikus adalah arnab mempunyai gigi pemotong kedua (incisors) dibahagian rahang atas. Struktur tengkorak arnab lebih ringan, mempunyai lubang hidung berbentuk liang memanjang, dan ekor yang kontot dan bulat.


Arnab sering diburu oleh haiwan pemangsa atau maging, oleh itu arnab mempunyai kelebihan cepat membiak. Sebagai haiwan mamalia, arnab berdarah panas, membiak dengan melahirkan anak. Arnab menjaga dan menyusukan anak.


Arnab mempunyai telinga yang panjang yang bertindak sebagai penyisih haba, dan juga deria pendengaran yang kuat untuk membantu arnab mengesan musuh. Selain itu, untuk melarikan diri daripada haiwan pemangsa, arnab mampu bergerak laju dengan cara melompat.
Info dari
sini






gambar kredit dari sini




AYAM



Ayam merupakan burung paling biasa di dunia. Dianggarkan terdapat 24 bilion pada tahun 2003, menurut Firefly Encyclopedia of Birds.
Ayam merupakan haiwan maserba. Ia makan hampir apa sahaja, dari bijian ke daunan dan dari serangga ke tikus. Namun ayam ternakan biasanya diberi makanan khas seperti bijirin dan sumber protein. Ayam ternakan biasanya tidak dapat terbang begitu jauh.
Ayam merupakan makanan yang sangat digemari dan boleh digoreng untuk dimakan begitu sahaja ataupun sebagai lauk untuk dimakan bersama nasi.
info dari sini

gambar kredit dari sini











Penyu menangis


Penyu merupakan sejenis haiwan yang mempunyai cangkerang keras di bahagian belakang dengan kaki pendayung di hadapan. Ini menjadikan penyu sebagai haiwan yang tangkas berenang di dalam air tetapi kekok untuk bergerak di daratan. Ini berbeza dengan kura-kura yang mempunyai kaki yang serupa bagi keempat-empat kakinya.


Penyu digolongkan di dalam haiwan vertebrata (bertulang belakang), kelas reptilia sama dengan ular, cicak, kura-kura, labi-labi dan tuntung. Penyu juga mempunyai kulit yang bersisik (di bahagian tidak bercangkerang), bernafas melalui paru-paru, mempunyai suhu badan yang mengikut suhu persekitaran, bertelur dan merupakan haiwan marin.


Mengikut kajian yang telah dijalankan, didapati penyu telah wujud semenjak akhir zaman Jurassic (145 - 208 juta tahun ), iaitu sezaman dengan dinosaur. Penyu Archelon yang bersaiz 6 meter (20 kaki) panjang ataupun penyu Cimochelys, berenang di laut silam seperti penyu masa kini. Walaupun penyu boleh menyelam dan berada dalam air untuk tempoh yang lama, tetapi ia mestilah timbul ke permukaan air untuk bernafas. Penyu menggunakan paru-paru untuk bernafas. Kesemua spesies penyu diancam bahaya kepupusan disebabkan mengalami banyak ancaman semulajadi dan ancaman manusia sepanjang hayat mereka.


Di Malaysia, Rantau Abang, Terengganu, merupakan salah satu daripada 4 tempat penyu Belimbing mendarat untuk bertelur.


Kredit di sini



mereka kian hilang...


info dari sini














info dari sini

Mereka kian hilang…

Mereka kian hilang..

Kerana teknologi makin meningkat..

Mereka kian hilang..

Kerana manusia tak kenal batas

Mereka telah hilang..

Kerana manusia

Kerana tangan-tangan manusialah yang telah menamatkan riwayat hidup mereka demi kepentingan sendiri

Manusia sanggup membunuh hanya ingin mendapatkan sebatang sumbu badak sumbu,

Sehelai kulit harimau.

Namun adakah mereka pernah fikir apakah bahana dari perbuatan itu??

Tidak, tidak sama sekali. Mereka hanya memikirkan keuntungan, kemewahan...

Sedangkan kesannya juga akan kembali kepada mereka.

Manusia semakin lupa..

Lupa bahawa kehidupan dibumi saling bergantungan..

Itu yang mereka lupa..

Lupa?? Lupa atau sengaja melupakan??

Fikirlah. Tepuk dada tanya diri...